Tuesday, December 6, 2011

CERPEN:AnaK yAnG inGin MenGubaH Titik Hitam kepada kebaikan.....

Pada suatu hari,kedengaran suara sayup dr rumah Zuhairi dan Hamiza.Suara tangisan bayi yang baru lahir itu di berikan kepada suami untuk mengazankan. Azan diwajibkan untuk orang islam dari itu juga lah kite boleh kenAL antara orang islam dan orang kafir.Apabila bayi tadi mendengarkan azan yang sayup dari telinganya dia berhenti menangis seketika.


Keesokan harinya bayi tersebut di diberi nama yang amat indah oleh ibu dan ayah beliau...Nama Nurul Ain diberi iaitu bermaksud cahaya mata.Ain yang putih kemerah-merahan yang sangat comel orangnya. Ain merupakan amat sukar untuk dijaga kerana Ain hanya tidur di siang hari tetapi pada sebelah malamnya Ain berjaga, Ain adalah bayi yang suka menangis pada waktu malam. Disebabkan ibu dan ayah Ain yang menjaga anak sulungnya dengan penuh kasih sayang mereka sanggup bergilir-gilir menjaga Ain yang asik menangis sepanjang malam itu sampai la umurnya menjangkau 1 tahun. Selama 1 tahun itulah mereka menjaganya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAAN...

Setelah beberapa tahun kini Ain sudah menjangkau 12 tahun iaitu darjah 6 bagi sekolah rendah. Ain merupakan antara pelajar yang amat pintar di sekolah beliau, Ain juga merupakan pelajar yang aktiv dalam semua bidang antaranya beliau banyak mengharumkan nama sekolah belaiu dalam mewakili peringkat sekolah, daerah dan mahupun kebangsaan. Antaranya berpidato bahasa English dan Bahasa Melayu, bercerita dan lain-lain lagi.

Saat yang sememangnya pada usia ini amat mendebarkan, kerana ujian sijil sekolah rendah atau nama yang biasa didengari UPSR akan tiba tidak lama lagi. Ain pelajar yang pintar dan aktiv ini sangat tekun belajar dan beliau sangat pandai menguruskan masanya dalam pelajaran kerana beliau membuat jadual dan tidak pernah meninggalkan solatnya semenjak berusia 7 tahun.Ibu dan ayah Ain telah berjanji akan membeli apa sahaja yang Ain kehendaki setelah mendapat keputusan yang baik pada peperiksaan yang akan Ain duduki.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAAN....

Hari, waktu dan saat yang ditunggu menjelma, iaitu hari semua pelajar menduduki UPSR. Ain menjawab dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh selama 1 minggu Ain menjawab 5 paper, Ain merasa lega kerana tamat sudah peperiksaan dan beliau tidak sabar menunggu keputusan yang akan diumumkan kerana semasa percubaan beliau memdapat 5A dalam keseluruhan mata pelajarannya.

SAAT YANG MENDEBARKAN

Hari demi hari Ain menunggu dengan penuh kedebaran walaupun dia tahu yang dia boleh menjawab dengan mudahnya semasa exam berlansung. Tetapi kedebaran didalam hati hanya Allah yang tahu berapa takutnya menunggu hari mengumuman.
Hari ini tibalah masanye untuk semua pelajar melihat keputusan. Ain sampai sahaja di hapan pintu gate sekolah terus debaran dalam hatinye makin kuat, ain menghampiri cikgu dan terlihat rakan-rakan sekelas yang lain mengucap tahniah kerana beliau adalah sememangnya harapan sekolah, belaiu telah mendapat 5A dalam semua subjek yang diambil.Dengan hati yang gembira Ain balik kerumah dan memeluk ibu dan ayahnye lalu menagis kegembiraan memperolehi result yang baik. "Ain semua itu datangNye dari ALLAH yang telah mencipta Ain dan usaha Ain.