Tuesday, December 6, 2011

CERPEN:AnaK yAnG inGin MenGubaH Titik Hitam kepada kebaikan.....

Pada suatu hari,kedengaran suara sayup dr rumah Zuhairi dan Hamiza.Suara tangisan bayi yang baru lahir itu di berikan kepada suami untuk mengazankan. Azan diwajibkan untuk orang islam dari itu juga lah kite boleh kenAL antara orang islam dan orang kafir.Apabila bayi tadi mendengarkan azan yang sayup dari telinganya dia berhenti menangis seketika.


Keesokan harinya bayi tersebut di diberi nama yang amat indah oleh ibu dan ayah beliau...Nama Nurul Ain diberi iaitu bermaksud cahaya mata.Ain yang putih kemerah-merahan yang sangat comel orangnya. Ain merupakan amat sukar untuk dijaga kerana Ain hanya tidur di siang hari tetapi pada sebelah malamnya Ain berjaga, Ain adalah bayi yang suka menangis pada waktu malam. Disebabkan ibu dan ayah Ain yang menjaga anak sulungnya dengan penuh kasih sayang mereka sanggup bergilir-gilir menjaga Ain yang asik menangis sepanjang malam itu sampai la umurnya menjangkau 1 tahun. Selama 1 tahun itulah mereka menjaganya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAAN...

Setelah beberapa tahun kini Ain sudah menjangkau 12 tahun iaitu darjah 6 bagi sekolah rendah. Ain merupakan antara pelajar yang amat pintar di sekolah beliau, Ain juga merupakan pelajar yang aktiv dalam semua bidang antaranya beliau banyak mengharumkan nama sekolah belaiu dalam mewakili peringkat sekolah, daerah dan mahupun kebangsaan. Antaranya berpidato bahasa English dan Bahasa Melayu, bercerita dan lain-lain lagi.

Saat yang sememangnya pada usia ini amat mendebarkan, kerana ujian sijil sekolah rendah atau nama yang biasa didengari UPSR akan tiba tidak lama lagi. Ain pelajar yang pintar dan aktiv ini sangat tekun belajar dan beliau sangat pandai menguruskan masanya dalam pelajaran kerana beliau membuat jadual dan tidak pernah meninggalkan solatnya semenjak berusia 7 tahun.Ibu dan ayah Ain telah berjanji akan membeli apa sahaja yang Ain kehendaki setelah mendapat keputusan yang baik pada peperiksaan yang akan Ain duduki.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAAN....

Hari, waktu dan saat yang ditunggu menjelma, iaitu hari semua pelajar menduduki UPSR. Ain menjawab dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh selama 1 minggu Ain menjawab 5 paper, Ain merasa lega kerana tamat sudah peperiksaan dan beliau tidak sabar menunggu keputusan yang akan diumumkan kerana semasa percubaan beliau memdapat 5A dalam keseluruhan mata pelajarannya.

SAAT YANG MENDEBARKAN

Hari demi hari Ain menunggu dengan penuh kedebaran walaupun dia tahu yang dia boleh menjawab dengan mudahnya semasa exam berlansung. Tetapi kedebaran didalam hati hanya Allah yang tahu berapa takutnya menunggu hari mengumuman.
Hari ini tibalah masanye untuk semua pelajar melihat keputusan. Ain sampai sahaja di hapan pintu gate sekolah terus debaran dalam hatinye makin kuat, ain menghampiri cikgu dan terlihat rakan-rakan sekelas yang lain mengucap tahniah kerana beliau adalah sememangnya harapan sekolah, belaiu telah mendapat 5A dalam semua subjek yang diambil.Dengan hati yang gembira Ain balik kerumah dan memeluk ibu dan ayahnye lalu menagis kegembiraan memperolehi result yang baik. "Ain semua itu datangNye dari ALLAH yang telah mencipta Ain dan usaha Ain.

Sunday, August 7, 2011

Assalamualaikum....lama tak write kat entry ni....

Pada 27 july 2011 baru nie aku balik kampung....ermmm best sgt 1 time balik sendiri dari rumah ke...opssss BALIK SENDIRI KE???? TAK kot...hehehhe thank you kat "DIA"kerana sudi teman aku walaupun sampai aku naik bas lagi tu.Tapi kesian kat dia sebab aku dia balik naik bas balik waktu tu hujan pulak turun dia cakap kat aku "nak hujan nie" tapi aku ambil sambil lawa je. Eermmmm kesian kat dia nasib x demam or sakit.Kalau tak serba salah aku dibuatnya.Aku nie degil salu x dengar ckp dia....ehhhhh melalut jauh lak.maklum la lama dah tak balik kampung sejak dua tahun aruwah nenek dah tak ada nie lagi tak balik lepas atuk lak menyusur pergi mengikut jejak nenek..sob..sob sedih cos dua tahun aku duduk gan dorang.... yang paling sedih aku tak dapat tengok aruwah atuk aku. Tapi orang dah pergi Allah lebih sayangkan beliau. Tapi sekarang Cu pulak dah pindah so mungkin tu juga pas nie mesti salu rasa nak balik.Aku balik kampung sekejap sahaja just nak ambil sijil SPM dah habis Diploma baru la jejak kaki kat sekolah ,ada la berubah sikit. Mula-mula nak pergi jumpa cikgu kebetulan cikgu dalam pantang pulak so tak dapat la g jumpa cikgu.Time balik dari sekolah tu cam biasa tunggu bas penat menunggunye nasib aku ni sabar.Sabar ke??? ye sabar la setengah jam tunggu seorang2 je. Best juga lama tak balik kampung nasib balik musim buah dapat makan buah rambutan yg kemerahan...
Esoknye 29 july 2011
tiket aku pukul 10 pagi aku naik bas untuk balik ke KL semula... mula2 aku ingat balik seorg je tp TQ juga kat dia sanggup datang jemput aku kat terminal pudu then hantar aku balik smpai umah....nie je kot untuk enry nie...hehehehhe....

Friday, February 11, 2011

CINTAI SI DIA DALAM DIAM-DARI KEJAUHAN-BERBEKAL KEJUJURAN & BATAS SYARIAT~~


DARI ABU HANIFAH :
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..



" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??




".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)
-TUNGGULAH RENCANA ALLAH UNTUK KITA-

Monday, February 8, 2010

ReNuNg-RenUnGaN...




Saidina Uthman Ibnu Affan r.a berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah-->
1)Hatinya selalu berniat suci ataupon baik la..
2)Lidahnya selalu Basah dengan Zikrullah
3)Hendaklah kedua matanya menagis kerana penyesalan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Maklumlah manusia tidak pernah lari dr membuat darii kesilapan.
4)Hendaklah bersabar dengan Segala Ujian yang dihadapi.

Thursday, December 31, 2009

PENAMAT....

BAB 4

Selepas 5 tahun mereka belanjutkn pelajaran di peringkat ijazah akhirnya dua shbt nie berjaya juga. Mereka mendapat keputusan amat memuaskan dan menjadi pelajar terbaik. Walaupun Husna tertekan atas pemergian keluarganya die msh menjadi pelajar contoh di Universitinya itu.

Husna di ajak Su untuk tinggal bersamanya... sejak Tamat pengajian mereka duduk serumah seperti adik-beradik. Sekian...

Friday, December 11, 2009

sambungan

setelah selesai menyiapkan assignment yang diberi oleh Pn.Umairah di perpustakaan ipt mereka beransur untuk pulang ke kampus. Su jom lunch lapar la perut Husna ni. Ye la Husna jom. mereka pun lalu pergi ke cafe yang berhampiran dengan kampus mereka.
Semasa jalan pulang ke kampus terdengar azan zohor yang menunjukkan waktu zohor bagi umat islam di kawasan tersebut. Azan yang sungguh lunak itu kedengaran dari Masjid ipt Masjid Al-Waqi'ah.Sesudah sampai di bilik kelihatan Rina dan Sima sedang lena di buai mimpi."Su bukan ke elok kalau tidur waktu macam ni"Husna..."memang la kite disunatkan untuk tidur tapi hanya seketika sebelum azan dan selapas menunaikan solat tak apa lah kalau kita nak tidur balik tapi yang penting utamakan solat dahulu jangan utamakan kepada tidur sahaja"Su berkata sedemikian untuk menjelaskan kepada Husna. Owh....owh... i see...
"kita dah tak ada kuliahkan petang ni sebab En.Qayyum pergi kursus kan?" bertanya Su kepada Husna"betul...betul...betul..." apa kata kan ada masa macam biasa kita ke kedai buku yang ada dalam ipt ni la nak tengak mana tau ada buku baru ke.Sampai je disana Su macam biasa dia yang sememangnya gemar membaca buku la tahzan iaitu jangan bersedih kerana dengan buku begitulah Su boleh meningkatkan semangatnya.Sedang Su membelik satu persatu Su ternampak buku yang menarik minatnya "La Tahzan JANGAN BERSEDIH Khas Untuk Muslimah Bijak Bestari" yang ditulis oleh NURHAWANIS OTHMAN . Tanpa berlengah dan membaca Su terus ambil dan membayarnya tanpa melihat sinopsis. Sambil bergurau Husna berkata;"Su ni cepat sahaja mendapat buku yang berkenan dan yang diminati ni yang buat Husna jeles ni". mereka berdua berketawa kecil.
Mereka berdua ini bukan sahaja sahabat malah boleh dikatakan macam adik beradik sendiri. Walaupun dah nak hampir 2 tahun Husna mengenali tetapi tiada siapa menjangka Su merupakan anak tunggal seorang jutawan iaitu ayahnya seorang CEO sebuah syarikat yang boleh dikatakan dikenali tetapi dengan sifatnya ynag merendah diri dan sedarhana menampakkan dia seorang yang biasa sahaja dan tidak dapt dinilai seperti anak orang berada.
Husna sangat senang hati dapat berkawan dengan orang yang macam Su.
Selepas Husna habis menyelesaikan solat asar nye di menangis teringat akn keluarganya. Lalu Su pergi mendampingi Husna dan membawa sebuah Al-Quran "Husna baca la Al-Quran ni kerana dia memboleh menyembuhkan hati kita dari segalanya. Su pun kalau ada kesusahan lebih baik Su baca Al-Quran sebab Allah lebih mengetahui tapi jangan waktu susah sahaja kita mencari NYA. Dah la Husna tak baik kita menangis megenangkan yang telah tiada nanti meraka akan sedih melihat kita di dunia ini dalam kesedihan. Husna mencelah "tapi kenapa Husna ditinggalkan semuanya Husna sebatang kara ini TIDAK ADIL!!! semua orang yang HUsna sayang diambil" sabarlah... bawa mengucap Husna kerana segala yang ditentukan oleh Allah itu adalah satu ujian untuk kita ada Hikmah disebaliknya kita tidak dapat melihat apa yang akan terjadi , ketentuan Allah pasti berlaku dan kaputusanNya adalah adil belaka kerana disebut dalam hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam:"ketentuanMu pasti berlaku pada diriku dan qadha' yang Engkau tetapkan atas diriku sungguh adil". Oleh itu, yang dah berlalu biar la berlalu yang penting hidup Husna sekarang. Selepas dipujuk oleh Su, Husna mengesatkan air mata mengambil Al-Quran lalu membacanya menahan sebak didada mengingati orang yang disayangi.
BAB 3
PENCARIAN...
Seperti biasa setiap petang mereka berdua akan pergi usrah bersama Ustazah Fatimah AlZahrah. Semenjak Husna mengikuti Su ke usrah di amat meminati disitu juga dia mendapat taufiq dan hidayah untuk memakai tudung labuh, tetapi x semestinya tudung itu labuh yang penting. Di dalam Al-Quran ada mengatakan hendaklah seorang wanita atau muslimah itu memakai tudung sehingga menutupkan bahagian dadanya dari diperlihatkan.
Assalamualikum anak-anakku....Walaikumsalam Ustazah...
Anak saya semua sihat. Alhamdulillah Ustazah kami semua sihat. Baik la hari ini saya akan mula majlis dengan Umul Khittab Al-Fatihah.... saya hanya nak berpesan nanti kalau dah menamatkan pengajian disini janganlah Bercita-cita menjadi terkenal kerana akibatnya adalah kesusahan, kesedihan dan kegelisahan... nak tahu kenapa saya berkata sedemikian di antara perkara-perkara yang dapat mengotori jernihnya jiwa, yang menganggu keteguhan dan ketenangannya adalah bercita-cita agar dikenali dan mendapat simpati orang lain....dalam surah Al-Qashash ayat 83 yang bermaksud(kebahagiaan negeri akhirat itu Kami berikan kepada) orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan(maksiat) di muka bumi... kalau tak silap saya oleh sebab itu, seorang penyair mengatakan yang sebaliknya:
Barangsiapa yang tidak ingin dirinya dikenal
bererti dia telah menghidupkan dan membahagiakannya.
Dia tidak melewati harinya dalam keadaan lapar
dan gelisah.
Sesungguhnya angin ketika bertiup dengan kencangnya yang
dihentam hanyalah bahagian pucuk pohan sahaja.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam:Barangsiapa beramal kerana riya'(ingin amalnya dilihat manusia),Allah pun akan mempelihatkan amalannya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya), Barangsiapa beramal kerana sum'ah(ingin amalnya didengar manusia), Allah pun akan memperdengarkan amalnya kepada manusia(dan hanya itulah balasannya).
Ada yang nak bertanya.? "saya Ustazah oleh itu kita kena buat sesuatu kerja itu kerana Allah la kan bukan untuk tunjuk menunjuk tapi kalau kita hendak buat dengan ikhlas ada sahaja yang sangka lain, macam mana tu" tanya salah seorang anak usrah. "Ye sememangnya kerja yang kita lakukan niat kerana Allah S.W.T. kalau orang sangka kita menunjuk-nunjuk biar la apa mereka nak kata mulut orang memang kita dah tidak boleh nak tutup macam mana" sikit lagi saya nak sambung Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan janganlah kamu (orang-orang beriman) berperilaku seperti orang-orang(kafir) yang keluar dari kampung halaman mereka dengan rasa angkuh dan bersikap riya' kepada manusia ... dalam surah Al-Anfal ayat 47. Saya rasa sampai disini sahaja sebab rasanya dah lewat ni. kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan suruh Al-asr...
BERSAMBUNG....