Friday, December 11, 2009

sambungan

setelah selesai menyiapkan assignment yang diberi oleh Pn.Umairah di perpustakaan ipt mereka beransur untuk pulang ke kampus. Su jom lunch lapar la perut Husna ni. Ye la Husna jom. mereka pun lalu pergi ke cafe yang berhampiran dengan kampus mereka.
Semasa jalan pulang ke kampus terdengar azan zohor yang menunjukkan waktu zohor bagi umat islam di kawasan tersebut. Azan yang sungguh lunak itu kedengaran dari Masjid ipt Masjid Al-Waqi'ah.Sesudah sampai di bilik kelihatan Rina dan Sima sedang lena di buai mimpi."Su bukan ke elok kalau tidur waktu macam ni"Husna..."memang la kite disunatkan untuk tidur tapi hanya seketika sebelum azan dan selapas menunaikan solat tak apa lah kalau kita nak tidur balik tapi yang penting utamakan solat dahulu jangan utamakan kepada tidur sahaja"Su berkata sedemikian untuk menjelaskan kepada Husna. Owh....owh... i see...
"kita dah tak ada kuliahkan petang ni sebab En.Qayyum pergi kursus kan?" bertanya Su kepada Husna"betul...betul...betul..." apa kata kan ada masa macam biasa kita ke kedai buku yang ada dalam ipt ni la nak tengak mana tau ada buku baru ke.Sampai je disana Su macam biasa dia yang sememangnya gemar membaca buku la tahzan iaitu jangan bersedih kerana dengan buku begitulah Su boleh meningkatkan semangatnya.Sedang Su membelik satu persatu Su ternampak buku yang menarik minatnya "La Tahzan JANGAN BERSEDIH Khas Untuk Muslimah Bijak Bestari" yang ditulis oleh NURHAWANIS OTHMAN . Tanpa berlengah dan membaca Su terus ambil dan membayarnya tanpa melihat sinopsis. Sambil bergurau Husna berkata;"Su ni cepat sahaja mendapat buku yang berkenan dan yang diminati ni yang buat Husna jeles ni". mereka berdua berketawa kecil.
Mereka berdua ini bukan sahaja sahabat malah boleh dikatakan macam adik beradik sendiri. Walaupun dah nak hampir 2 tahun Husna mengenali tetapi tiada siapa menjangka Su merupakan anak tunggal seorang jutawan iaitu ayahnya seorang CEO sebuah syarikat yang boleh dikatakan dikenali tetapi dengan sifatnya ynag merendah diri dan sedarhana menampakkan dia seorang yang biasa sahaja dan tidak dapt dinilai seperti anak orang berada.
Husna sangat senang hati dapat berkawan dengan orang yang macam Su.
Selepas Husna habis menyelesaikan solat asar nye di menangis teringat akn keluarganya. Lalu Su pergi mendampingi Husna dan membawa sebuah Al-Quran "Husna baca la Al-Quran ni kerana dia memboleh menyembuhkan hati kita dari segalanya. Su pun kalau ada kesusahan lebih baik Su baca Al-Quran sebab Allah lebih mengetahui tapi jangan waktu susah sahaja kita mencari NYA. Dah la Husna tak baik kita menangis megenangkan yang telah tiada nanti meraka akan sedih melihat kita di dunia ini dalam kesedihan. Husna mencelah "tapi kenapa Husna ditinggalkan semuanya Husna sebatang kara ini TIDAK ADIL!!! semua orang yang HUsna sayang diambil" sabarlah... bawa mengucap Husna kerana segala yang ditentukan oleh Allah itu adalah satu ujian untuk kita ada Hikmah disebaliknya kita tidak dapat melihat apa yang akan terjadi , ketentuan Allah pasti berlaku dan kaputusanNya adalah adil belaka kerana disebut dalam hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam:"ketentuanMu pasti berlaku pada diriku dan qadha' yang Engkau tetapkan atas diriku sungguh adil". Oleh itu, yang dah berlalu biar la berlalu yang penting hidup Husna sekarang. Selepas dipujuk oleh Su, Husna mengesatkan air mata mengambil Al-Quran lalu membacanya menahan sebak didada mengingati orang yang disayangi.
BAB 3
PENCARIAN...
Seperti biasa setiap petang mereka berdua akan pergi usrah bersama Ustazah Fatimah AlZahrah. Semenjak Husna mengikuti Su ke usrah di amat meminati disitu juga dia mendapat taufiq dan hidayah untuk memakai tudung labuh, tetapi x semestinya tudung itu labuh yang penting. Di dalam Al-Quran ada mengatakan hendaklah seorang wanita atau muslimah itu memakai tudung sehingga menutupkan bahagian dadanya dari diperlihatkan.
Assalamualikum anak-anakku....Walaikumsalam Ustazah...
Anak saya semua sihat. Alhamdulillah Ustazah kami semua sihat. Baik la hari ini saya akan mula majlis dengan Umul Khittab Al-Fatihah.... saya hanya nak berpesan nanti kalau dah menamatkan pengajian disini janganlah Bercita-cita menjadi terkenal kerana akibatnya adalah kesusahan, kesedihan dan kegelisahan... nak tahu kenapa saya berkata sedemikian di antara perkara-perkara yang dapat mengotori jernihnya jiwa, yang menganggu keteguhan dan ketenangannya adalah bercita-cita agar dikenali dan mendapat simpati orang lain....dalam surah Al-Qashash ayat 83 yang bermaksud(kebahagiaan negeri akhirat itu Kami berikan kepada) orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan(maksiat) di muka bumi... kalau tak silap saya oleh sebab itu, seorang penyair mengatakan yang sebaliknya:
Barangsiapa yang tidak ingin dirinya dikenal
bererti dia telah menghidupkan dan membahagiakannya.
Dia tidak melewati harinya dalam keadaan lapar
dan gelisah.
Sesungguhnya angin ketika bertiup dengan kencangnya yang
dihentam hanyalah bahagian pucuk pohan sahaja.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam:Barangsiapa beramal kerana riya'(ingin amalnya dilihat manusia),Allah pun akan mempelihatkan amalannya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya), Barangsiapa beramal kerana sum'ah(ingin amalnya didengar manusia), Allah pun akan memperdengarkan amalnya kepada manusia(dan hanya itulah balasannya).
Ada yang nak bertanya.? "saya Ustazah oleh itu kita kena buat sesuatu kerja itu kerana Allah la kan bukan untuk tunjuk menunjuk tapi kalau kita hendak buat dengan ikhlas ada sahaja yang sangka lain, macam mana tu" tanya salah seorang anak usrah. "Ye sememangnya kerja yang kita lakukan niat kerana Allah S.W.T. kalau orang sangka kita menunjuk-nunjuk biar la apa mereka nak kata mulut orang memang kita dah tidak boleh nak tutup macam mana" sikit lagi saya nak sambung Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan janganlah kamu (orang-orang beriman) berperilaku seperti orang-orang(kafir) yang keluar dari kampung halaman mereka dengan rasa angkuh dan bersikap riya' kepada manusia ... dalam surah Al-Anfal ayat 47. Saya rasa sampai disini sahaja sebab rasanya dah lewat ni. kita tutup majlis dengan tasbih kafarah dan suruh Al-asr...
BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment